Amanat Pengetua- Tn Hj. Mokhtar Zakaria

Assalamualaikum warahmatulLahi wabarakaatuh dan Salam Sejahtera.

Pihak sekolah sentiasa mengambil peluang untuk bersama-sama menyertai arus perdana kemajuan teknologi maklumat. Pentas blog yang ada akan dimanfaat sepenuhnya untuk meningkatkan keberkesanan penyebaran maklumat dikalangan warga sekolah ini khasnya supaya menjadi satu jaringan yang sangat efektif dan pantas.

Adalah diharapkan agar seluruh warga pendidik di sekolah ini akan bersama-sama menjadikan laman blog SMK TOKAI ini sebagai satu media yang mesra pengguna. Semua maklumat dapat disebarkan kepada semua pelanggan kita (di dalam atau di luar) dan dapat di akses bila-bila masa dan dimana jua.

Adalah menjadi harapan saya, supaya sedikit usaha yang kita buat ini akan menjadi 'booster' dan dapat merealisikan visi 'SMK Tokai Cemerlang 2010'. Amin..